panduan bisnes online.com

Panduan Bisnes Online Part 1

Mukadimah. Panduan Asas untuk panduan bisnes online.

Antara perkara penting kenapa saya wujudkan Panduan Bisnes Online ini adalah untuk memberi sedikit panduan kepada mereka yang baru atau yang sudah lama bagi mendapatkan jalan yang jelas dan bukan jalan yang salah untuk mencuba bisnes online.

Seperti yang kita semua sedia maklum, kehidupan dunia sekarang sangat memerlukan wang untuk teruskan kehidupan. Makan, tempat tinggal dan kenderaan juga anak-anak adalah antara sara hidup yang memerlukan wang yang banyak bagi rakyat malaysia. Sehinggakan kadangkala kita merasa kehidupan ini bukan lagi kerja untuk hidup tapi sebaliknya.

Maka cara alternatif untuk menambah pendapatan diri dan keluarga adalah melalui bisnes online. Atas kerana kos operasi yang rendah dan potensi keuntungan yang tinggi membuatkan lebih ramai rakyat malaysia memilih bisnes online untuk mencari pendapatan tambahan. Yang bagusnya ia boleh dijalankan dari rumah disamping keluarga tersayang.

Namum kehadiran skim cepat kaya telah menyebabkan bisnes online telah memusnahkan konsep bisnes online itu sendiri. Bisnes samada offline atau online perlulah ada produk dan jelas status halalnya.

Menjana pendapatan melalui skim cepat kaya adalah tindakan yang sia-sia kerana apa yang anda sedang lakukan adalah membeli angan-angan. Anda bayar sejumlah wang dan dijanjikan untuk menjana sekian-sekian jika berjaya mendapat downline, itulah namanya membeli angan-angan. Teruskan pembelian angan-angan anda dan pantas anda akan kerugian dan kecundang di kemudian hari.

Berbanding bisnes yang melibatkan produk yang jelas, anda hidup dalam dunia realiti yang sebenar. Kalau anda dapat jual satu produk, dapatlah anda keuntungan sebanyak satu jualan. Anda perlu ingat, bisnes online adalah perniagaan sebenar. Anda perlu rajin dan sentiasa berusaha untuk mendapat keuntungan yang besar.

Di dalam panduan bisnes online ini, saya akan jelaskan secara ringkas bagaimana anda boleh memulakan bisnes online anda sendiri.

Bersambung dibahagian ke 2.

Penulis blog juga adalah satu cabang bisnes online yang saya amat syorkan kepada anda. RAHSIA RM1000 SEBULAN DENGAN MENULIS

Sila Share dengan Rakan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *