panduan bisnes online

Panduan Bisnes Online Part 2

Kita teruskan dengan bahagian 2 Panduan Bisnes Online.

Ada beberapa perkara yang anda perlu fikir sebelum memulakan bisnes online. Panduan bisnes online ini akan mengfokuskan kepada apa yang anda ingin jual? Berapa potensi keuntungan yang anda inginkan? Berapa modal yang anda sanggup laburkan?

Perkara-perkare ini anda perlu ambil kira sebelum anda memulakan bisnes online. Selepas ini anda tidak perlu bimbang lagi tentang dilemma untuk memulakan bisnes online.

Sebelum anda bermula, berikut adalah perkara-perkara yang anda perlu tahu.

Jenis bisnes yang anda ingin jalankan di online?

Ada 3 jenis bisnes yang boleh anda lakukan di online.

1. Menjual produk. Ia terbahagi kepada dua iaitu produk fizikal dan digital. Produk fizikal adalah seperti pakaian, peralatan, makanan dan lain-lain lagi. Manakala produk digital pula adalah seperti muzik, video, sofware, ebook dan lain-lain.

2. Perkhidmatan atau servis. Ia terbahagi kepada 2 iaitu online dan offline. Secara online adalah seperti bina laman web, translator, penulis dan lain-lain. Manakala offline adalah seperti kejuruteraan, katering, pembinaan dan lain-lain.

3. Menjual tanpa produk atau program. Antaranya adalah menjadi agen jualan, affiliate, pengiklanan dan lain-lain.

Namun, sebaik-baiknya anda pilih perniagaan yang anda tahu dan senang dahulu. Apabila sudah lama bermula, kemahiran anda akan bertambah dan sudah tentu anda akan berkemahiran untuk memulakan perniagaan yang lain pula. Anda perlu fokus melakukan perniagaan yang anda pilih tersebut. Buat sampai menjadi, barulah anda berpindah kepada perniagaan yang lain pula.

Rancangan bisnes online anda.

Anda juga perlu memikirkan rancangan perniagaan yang bakal anda lakukan. Berapa modal yang anda perlu untuk memulakan perniagaan? Berapakah potensi keuntungan yang anda mahu? Bagaimana dengan strategi pemasaran anda?

Persediaan tempat kerja dan alatan.

Di manakah anda ingin lakukan perkerjaan anda? Jika di rumah, pastikan anda menyediakan ruang yang selesa untuk anda lakukan semua pekerjaan anda. Pastikan semua peralatan anda cukup seperti komputer, line internet yang berkelajuan tinggi, printer dan mungkin mesin faks. Ia bergantung kepada perancangan anda.

Adakah bisnes online anda halal atau haram?

Periksa sama ada perniagaan yang bakal anda lakukan menepati ciri-ciri yang di bolehkan dalam agama. Anda wajib siasat perkara ini dahulu sebelum memulakan perniagaan anda. Pastikan juga ia mematuhi peraturan negara.

Bila semua perkara telah dipertimbangkan, tibalah masa untuk bertindak.

Jangan Bertangguh Lagi. Semakin lama anda bertangguh semakin anda ketinggalan.

Bersambung dibahagian ke 3 (Akhir).

RAHSIA RM1000 SEBULAN DENGAN MENULIS

Sila Share dengan Rakan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *