panduan bisnes online

Panduan Bisnes Online Part 3

Kita teruskan dengan bahagian 3 Panduan Bisnes Online.

Perancangan membina bisnes online.

Perancangan dalam bisnes adalah penting. Di sini, saya akan senaraikan secara ringkas bagaimana hendak membina bisnes online anda. Perancangan ini adalah umum dan boleh di gunakan oleh jenis bisnes internet.

  1. Pilih satu niche untuk perniagaan anda
    Niche bermaksud bidang. Apa bidang yang anda ingin niaga? Produk kecantikan, produk kesihatan, produk kekeluargaan, produk sukan atau produk pelancongan. Pilih satu bidang dan kecilkan ia lagi.
    Contohnya anda pakar dan boleh berniaga dalam bidang keluarga, kecilkan niche anda kepada barangan kanak-kanak. Fokus pada satu niche dahulu sebelum bergerak ke niche yang lain.
  2. Dapatkan produk
    Cari produk untuk di jual sama ada produk dari pihak anda atau dari pihak lain. Ada dua cara yang selalu digunakan oleh internet marketer untuk mendapatkan produk iaitu affilate dan dropship.
  3. Pengurusan produk
    Tentukan cara untuk menghantar produk anda. Tentukan satu cara yang senang bagi anda.
  4. Cari nama jenama perniagaan anda
    Pilih nama yang mudah di ingati dan mudah untuk disebut sebagai nama perniagaan anda. Nama jenama adalah penting dalam memperkenalkan perniagaan anda.
  5. Dapatkan website dan pilih medium pembayaran
    Dapatkan website untuk kegunaan perniagaan anda. Siapkan website anda sama ada dalam bentuk shopping cart, blog atau minisite. Anda tentukan sendiri. Pastikan laman web anda menarik. Pilih juga medium pembayaran. Anda tentukan sama ada untuk menerima kredit kad, online transfer atau paypal. Kalau boleh adakan semua pilihan yang ada untuk memaksimumkan keuntungan anda.
  6. Dapatkan hosting
    Pilih hosting yang berpatutan dengan bajet anda. Pastikan juga hosting yang anda pilih sesuai dan boleh hostkan laman web anda. Tidak apa mahal, asalkan ia boleh membantu perniagaan anda.
  7. Bina mailing list
    Bina mailing list untuk menyimpan prospek anda. Ia adalah asas dalam mana-mana perniagaan internet. Pastikan mailing list anda adalah berkualiti. Sentiasa berkongsi tips dengan senarai email anda.
  8. Pasarkan laman web anda
    Cari cara terbaik untuk memasarkan produk dan laman web anda. Di sini anda memerlukan kemahiran pemasaran online. Ada banyak cara yang anda boleh pilih seperti pemasaran melalui blog, facebook, youtube mahupun instagram.

Akhir kata..

Seharusnya anda jujur dan bertenang dalam memulakan bisnes online. Tidak mungkin pada hari pertama anda memulakan bisnes online anda akan jadi jutawan. Selepas lima tahun, mungkin ia akan terjadi. Namun, jika anda tidak mulakan sekarang selepas lima tahun anda akan tetap menjadi manusia yang sama.

Semoga pengkongsian ini mendapat sedikit gambaran bagi memulakan bisnes online. Saya ucapkan semoga maju jaya kepada anda semua.

Sekian, Terima Kasih.

Md. Azizi
Panduanbisnesonline.com

Sila Share dengan Rakan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *