tips mendisplinkan anak

3 Tips Mendisplinkan Anak Tanpa ‘Pukul’


Tak dinafikan ada ketika ibu bapa hilang sabar kepada anak sehingga terpaksa memukul mereka. Namun saya percaya selepas melihat anak menangis pastinya hati kita terluka. Menyesal! 😔😔😔


Pukul bukan cara terbaik untuk mendisplinkan anak-anak. Maka saya suka untuk berkongsi 3 tips yang mungkin akan membantu anda untuk mendisplinkan anak-anak :


1⃣ ELAKKAN PERKATAAN ‘JANGAN’

Jeritan ‘Jangan’ cukup sinonim untuk semua ibu-bapa. Sebaik-baiknya, tukarkan perkataan itu dengan frasa yang lain. Jangan kata ‘Jangan’ (Tengok! Kami pun dah ‘ter’cakap ‘Jangan’ dah).

Contohnya, kalau ada dua orang anak, suka main pukul-pukul adik beradik. Tiba-tiba yang si adik menangis. Apa kita kata :

❌ “Abaangggg, jangan pukul adik!”.

Tapi, ubah menjadi :
Panggil abang dan adik, kita peluk dua-dua. Cakap elok-elok,

✔️ “Abang dengan adik main sama-sama tau. Adik beradik kena ‘happy-happy’. Sekarang, abang peluk adik pulak”.

Rasa-rasanya, yang mana satu lebih efektif? 😊

Tunjukkan yang baik-baik sahaja depan anak-anak.


2⃣ PUJI ANAK DEPAN ORANG LAIN

Bila anak kita berkelakuan baik, puji dia. Bila balik kampung atau sedang berada di rumah kawan sebagai tetamu, puji depan semua orang. Ini akan buat dia bangga dan rasa dihargai. Tentu dia tidak akan nakal-nakal lagi di rumah orang lain. Tunjukkan kemesraan, peluk anak selalu. Banyak kelebihan memeluk anak.


3⃣ GUNAKAN ‘REWARD SYSTEM’

Ini bukan rasuah. Bila anak ‘behave’ dan betul-betul baik dan rajin tolong kita, kita beri dia ganjaran yang sepatutnya. Puji dulu, peluk erat-erat, bagi dia rasa dirinya disayangi. Jangan bagi anak gula-gula pula. Nanti rosak gigi.

Contohnya,

“Kalau kakak dapat nombor satu, nanti mama belikan basikal baru”.

“Pergi kemas mainan dulu. Kalau dah kemas baru mama bukak cerita kartun, Channel 611”.


Banyak lagi tips lain yang sangat bermanfaat untuk dikongsikan namun perkara paling utama yang perlu ibu bapa lakukan adalah dengan menjadi ‘role-model’ terbaik buat anak-anak. Anak akan ikut apa yang ibu bapa tonjolkan. Maka tonjolkan yang baik-baik agar anak-anak pun berkelakuan yang baik-baik juga. 😊


Dapat sesuatu? 😊


Jika dapat sesuatu belanja saya share ya. Terima kasih 🤗

Sumber : Dhia Kamila, Sirap Limau

=====

Dapatkan diskaun 75% set Ebook Parenting sempena special offer khas untuk anda!

KLIK SINI

Leave a Comment